Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah
mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi yang sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan modal insan berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkini, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.
Dalam reformasi pendidikan sekarang, peranan guru telah banyak berubah. Pendidikan pada hari ini tidak lagi sekadar untuk mencelikkan mereka yang buta huruf dan buta angka, tetapi turut berperanan untuk mencelikkan anak-anak kita yang buta IT, buta jati diri, buta budaya, buta nilai, budi bahasa dan adab sopan. Pendidikan tidak mencukupi untuk sekadar menyiapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan yang berbentuk teori semata-mata, tetapi berkehendakkan pelajar sekarang mempunyai kemampuan berfikir di luar kotak, kemahiran yang bersifat `hands on’ serta kemahiran interpersonal yang tinggi bagi menjamin keboleh pasaran (marketability) serta kebolehan hidup bermasyarakat.
Abad 21 berkehendakkan guru cemerlang dalam pelbagai aspek terutamanya di dalam akademik dan sahsiah. Sistem dan disiplin guru tidak statik dan sudah berubah mengikut keperluan semasa. Sejarah telah mencatat dan membuktikan, bahawa kegiatan belajar dan mengajar yang melibatkan pendidik (guru) dan peserta (pelajar) telah membantu proses pendidikan umat manusia menuju peradaban yang lebih baik dari masa ke masa.
Perubahan dalam bidang pendidikan tidak mungkin dapat dilakukan jika pendidik tidak bersedia dan berusaha mencari pendedahan yang lebih luas. Guru perlu bersedia menerima perubahan bersifat ke arah masa depan menjelang alaf baru dan berusaha pula memantapkan pengetahuan serta kemahiran seiring dengan
perkembangan pesat pendidikan. Guru perlu melengkapkan diri dengan mempelajari serta menguasai teknologi maklumat kerana bidang berkenaan memainkan fungsi penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

No comments:
Post a Comment